BLACKHEAD & SOLUTION

Hari ni sis rajin nak mencabut blackhead sis. Sis guna bahan biasa je..sis gosok hidung sis dengan LEMON then biarkan selama 5 minit kemudian sis tampal VIETNAM MASK tunggu sampai kering. Nak cepat kering korang duduk depan kipas. Dah rasa keras mask tu apa lagi..tarik dan rasakan kepedihannya..haha..tapi hasilnya..walaweyhhh..seronok dan geram! Tapi ...Blackhead? Whitehead? Korang ada tak binatang ni kat hidung? HAHAHA.. sebab sis mempungai blackhead dan whitehead yang banyak. Terutamanya area hidung. Of coz la kat situ je sis proses minyak. Korang asyik sebut "aku ada blackhead" dan "aku ada whitehead" but korang tahu tak binatang tu apa?? Lets sis explain to you guys ok. Terus kan membaca. Sebab sis akan explain kat korang apa itu blackhead dan whitehead serta cara menanganinya. Sis try ok!Actually secara ringkasnya kedua-duanya merupakan kumpulan jerawat yang biasa. mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak pasti mengalami masalah ni kan. Tapi korang tahu tak apakah yang dimaksudkan dengan blackhead dan whitehead? Tak tahu kan! Meyh! sebenarnya blackhead ni adalah OPEN COMEDO. ternganga kan apa plak bebda tu dah macam komondo je kan..secara pendeknya, ia merupakan kandungan yang menyumbatkan ‘pores’ pada kulit hingga menyebabkan kulit berwarna hitam di mana ia sering berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu. Jangan tipu la korang tiada blackhead..tipu!!!!

Ok..bagaimana pulak dengan whitehead sis? whitehead terjadi disebabkan oleh lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup. So minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih. Whitehead boleh terjadi di semua bahagian muka dan badan. Korang perasan tak badan korang ada whitehead?? HAHAHA..Kalau korang tengok blackhead dan whitehead mesti korang geram gila kan. Sama lah macam sis. Sis sampai bengang dengan kewujudan blackhead kat hidung sis ni. Hmm..Tapi tak guna jugak jika kita dah tahu jalan penyelesaian tapi blackhead still muncul balik. Betul tak? Lagi teruk kalau ia boleh menyebabkan jerawat uolls..Blackhead ni bukan disebabkan dari kotoran di persekitaran kita. Tapi blackhead terjadi saat lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar. So apabila terdedah kepada udara, berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam. Itu lah namanya BLACKHEAD!So kalau kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja. Andai liang pori kita kecil, maka pendedahan pada udara adalah kurang dan yang terbentuk ialah whitehead. Faham ke tak???? 

TOLONG BACA NI!!!!!!!Punca blackhead atau whitehead boleh berlaku kerana kita kurang minum air putih yang secukupnya, lepas tu dah pakai make up yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka, lepas tu sesuka hati pakai produk pencuci muka atau skrup, selain tu hormon badan yang kurang seimbang dan juga penjagaan  pemakanan.Sis nak bagi beberapa nasihat sikit la..tu pun kalau korang nak dengar nasihat sis..sis pandai nasihat orang tapi sis sendiri pun kecundang..sebab sis tak rajin sangat..hahaha..tapi korang mesti rajin kan..

#1 – Tolong rajin buat ScrubbingBlackhead boleh dihilangkan dengan proses scrubbing yang ringan untuk bantu bersihkan kotoran dan mengangkat sel kulit mati. Sebaiknya pilih produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit muka yang berminyak. 
#2 – Rajinkan Diri Cuci Muka Sebelum TidurLebih 12 jam kita berada di luar rumah. Sebab itu penting untuk kita bersihkan muka dengan air memandangkan kita terdedah dengan cuaca dan persekitaran yang tak menentu. Paling terbaik, ambil wuduk sebelum tidur. Hambik kau!
#3 – Jaga Pemakanan Yang SihatDigalakkan untuk makan buah-buahan segar, sayur, bijirin penuh dan ikan. Ini mengurangkan pengeluaran minyak dan bantu hormon menjadi stabil.
#4 – Minum Air Paling Minimum 2 Liter sehari..TOLONG RAJIN MINUM YA!SELAMAT MENCUBA.



Comments