FLY WITH FOODIES
Sis memang tak boleh tahan lapar hokey. ! So jangan nak heran kalau sis flight ke langkawi pun sis order beverage and meal ok.. Sis memang ada masalah gastrik so perut sis memerlukan makanan..HAHAHA..biasa la perut orang Malaysia ni, kalau tak masuk makanan tak boleh..
Disebabkan flight sis schedule subuh, so sis dah order beverage dan meal siap-siap untuk sis dan husby sis. Choice tak banyak sangat mengikut selera sis.. So sis order NASI LEMAK and MINERAL WATER only. Itu pun harga RM10.00. Ok lah. Nak makan atas awan la katakan..HAHA..💙💙
Memang nasi lemak tu sikit tapi boleh lah untuk sis isi perut sebelum sampai ke Langkawi. Tapi korang bayangkan sis makan nasi lemak dalam flight. Bau dia.....perghh!!! satu kapal terbang semerbak..lantak korang lah..sis dah tak tahan kelaparan dah..
Jangan pelik kalau flight pulang ke Kuala Lumpur pun sis membeli beverage and meals jugak hokey! HAHA. But this time sis order lain sikit. Saja nak rasa pelbagai makanan. Untuk hubby sis, sis order NASI KARI HIJAU..hambik kau..hahahhaa..tapi tak tipu tau kari dia memang hijau..HAHA,,mula-mula sis macam pelik nak makan tapi bila dah rasa..slurpp! Sedap gile weyh..Ada ayam! rasa kari tu ada la jugak tapi agak pelik sikit but still ok la..Harga pun RM10 termasuk air mineral ok. Makan atas awan kau ingat murah..
Then sis plak order CARBONARA berharga RM10 termasuk air mineral juga. Sis suka! Sis suka!
Cheese dia..rasa dia..perghh!! MELETUP..! Tak menyesal la sis order carbonara ni..
So next time travel sis dah tahu nak makan apa...BYE!
Comments
Post a Comment