HANTU DURIAN...BE ALERT!!

DURIAN????
YES! Sis memang hantu durian tau..korang..?? Sis memang pantang nampak durian..sis mesti nak singgah beli. Rasa macam mengidam anak pertama je rasa kalau nampak durian ni. Tapi kalau sis nak beli durian kena sorok-sorok dengan husby kalau tak dia bising sebab dia bukan la hantu durian seperti sis.
Nampak pandai tak sis pilih husby. 
Sebab kalau dia tak minat durian, ia merupakan satu kenikmatan buat sis.
Sebab sis tak payah berebut masa makan. HAHA. Tapi sis sorok macam mana pun mesti la dia tahu sis makan durian sebab bila sis sendawa kantoilahh..hahaha..hadap!! 
Tapi korang kena ingat jugak ek. Although korang rasa korang cukup hebat makan durian sampai berkilo-kilo tapi korang tetap kena jaga kesihatan korang jugak. 
Makan durian pun ada pantang larang nya.
Ada jugak yang demam dan ada yang meninggal dunia gara-gara makan raja buah ni. 
Sebab apa..? Sebab diorang tak tahu pantang larang makan raja buah ni. Ada sedapnya..ada bahaya nya..


Tadaa! Ini antara pantang larangnya. Ye sis tahu sekarang memang tengah musim durian. Semua sedap mencekik je. Tapi sis risau tau pasal korang. Nampak tak sis sayang korang..(belanje la sebijik)..
Apabila korang makan durian, JANGANLAH dimakan dengan minuman berkafein ye..(betul ke sis eja)..dan JANGANLAH makan durian sambil minum minuman alkohol..kang tak pasal-pasal terus kiokkk (mati). membahaya!! Ada lagi satu minuman korang kena pantang iaitu coca cola. Dah lah minuman tu bergas then durian pun ada gas nya..FAHAM! 
Sis tahu korang suka makan ketam dan terung. Tapi cuba elakkan selepas makan durian jangan lah makan ketam atau terung. Ada sebab kenapa benda tu tak boleh dimakan selepas makan durian..tolong dengar cakap sis..oh lagi satu! Produk tenusu ataupun benda yang bersusu pun cuba elakkan.
Ada lagi satu, mak sis ada cakap. Kalau makan buah durian ni jangan makan sekali dengan buah manggis. Confirm esok korang boleh kena demam panas. Kalau tak percaya cuba lah! Hahaha..
Ni pengalaman betul ya..sis pernah nasihat kawan sekolah sis dulu-dulu la..sis cakap dengan dia "kalau kita makan durian dengan buah manggis nanti boleh demam panas..sebab durian panas then manggis tu sejuk..nanti boleh bergaduh dalam perut"..tapi mungkin kawan sis tidak mempercayai kata-kata sis lalu ia pun mencuba..keesokan hari nya dapat berita dia demam panas..hahaha (tepuk dahi)..dia call sis then dia cakap "betul la cakap kau boleh kena demam panas la"..kau rasa sis nak cakap apa..hahahahaha..
So please durian lover and hantu durian..tolong jaga ye..sis advice je..muah

Comments