"INGAT MAKAN INGAT TUHAN"

Dengar tajuk pun hati tenang kan.
Hari ni sis balik rumah mak mertua sis. Mama (MIL) ajak lepak breakfast dekat satu tempat ni. Dia kata best sangat. Bila makan rasa relex je. 
So selepas balik dari melawat tanah pusara papa (FIL), sis dah hubby ke tempat makan ni. Reza (adik ipar) cakap tempat ni ala-ala ketuhanan sikit kedai dia. So lets we go!

Sampai je ke destinasi (bukit beruntung,Rawang).
Sis dah terkejut. Sebab tempat dia cantik sangat. Sis suka! Even di bahagian bahu jalan pun dia letak carpet hijau ye. Orang tua kata "sedap mata memandang). Decoration yang dibuat cantik sangat. Rasa seperti di taman.


So cara diorang, makanan seperti nasi lemak, mihun serta kuih muih dihidang di bahagian luar kedai. So korang boleh pilih apa sahaja korang nak makan dan bayar di luar ya. Makanan lain ada ke? Mestilah ada. Kena la masuk ke dalam dan order ya.


Harga untuk kuew teow di atas baru RM2. boleh tambah lagi berapa yang korang nak. Tapi bayar la. macam sis ada tambah lauk sedikit di situ untuk harga RM1. 


Kuih plak, kalau tak silap ya 3 ketul RM2 @ RM1.
Masih berpatutan dan sedap. Sesuai dengan cita rasa tekak sis. Tu yang penting hokey! Ada makanan lain tak? of coz la ada. ada western.and even roti canai pun ada. 


Cuba korang tengok suasana kat dalam kedai ni. Sangat tenang kan.  Dinding yang diselaputi dengan rumput hijau. Sis rasa tenang sangat. Kedai penghawa dingin dan sangat selesa. Kalau korang nak makan kat luar pun boleh ya. a
Ada tempat untuk makan dekat luar sekali. Ala-ala taman gitu. 


See, cantik kan. Sis suka! haa tepuk! 👏👏
Korang boleh nampak tempat parking pun banyak dan mudah untuk anda parking. Tak perlu berebut pun. Selesa!


Yang khemah biru tu la tempat diorang letak makanan yang di jual. terdapat pelbagai kuih. Datang cepat kalau tak nanti tak dapat merasa kuih muih yang dijual. Nanti menyesal plak. 


Trademark diorang "ingat makan ingat tuhan".
Nice kan. Apa yang kita buat sesuatu tu jangan pernah lupa kepada Tuhan kita yang satu iaitu ALLAH SWT. 


Air boleh order di dalam ya. atau terus ke kaunter sahaja. senang kite permudahkan kerja orang. Sebab bila kite mudahkan kerja orang lain makan ALLAH akan permudahkan pekerjaan kite hendakNya. Amin.


Kalau korang terasa nak pergi ke sini. korang boleh just search at GOOGLE MAPS atau WAZE. Search GH CORNER BUKIT BERUNTUNG. Insyaallah pasti jumpa nya.

Selamat mencuba. Bye

Comments

Post a Comment