Di sebabkan aku ada banyak masa terluang dan kebetulan mood "kerajinan" aku pun datang dan kebetulan buah labu pun ada. Daripada labu tu busuk dan terbuang so aku terfikir apa kata aku buat keria labu.
Bahan-bahan untuk buat keria labu :
1) 1/2 biji buah LABU
2) Tepung Gandum
3) Garam (secubit)
4) Gula (blender untuk tujuan sira keria)
5) Air (untuk merebus buah labu)
Cara-cara untuk buat keria labu :
p/s : aku sertakan sekali dengan gambar untuk memudahkan korang..okey!
 |
First, korang potong labu tu ikut bentuk suka hati korang. tapi aku suka yang comel-comel macam aku. so aku buat potong dadu. kalau boleh kecil-kecil supaya cepat empuk labu nya dan senang untuk kita lenyek kan labu nya nanti. Lepas korang dah potong masuk kan dalam air rebusan yang sudah mendidih.
Dan kita tunggu sehingga labu tu betul-betul empuk.
So sementara korang tengah tunggu labu tu empuk. Korang BLENDER LA DULU GULA UNTUK KITA SIRA KERIA NI NANTI. aku tak ada estimate time untuk labu yang empuk ni. Cara aku, ambil garfu dan try cucuk-cucuk labu tu. Kalau dah lembut korang tos kan labu tu.
Selepas korang tos kan labu tu, biarkan labu tersebut sejuk dahulu ye (ini style aku). aku akan biar kan labu ini sejuk sedikit. Dalam 5 minit juga aku biar kan labu ni suam-suam kuku sejuk nya. HAHA. Ok. Korang dah rasa macam suam-suam kuku korang ambil pelenyek (bahasa aku) atau apa-apa je untuk lenyek-lenyek kan labu kasi jadi macam dalam gambar tu. Make sure semua kasi lenyek ok. Jangan ada berketul-ketul. Nanti nak uli tak ada lah berketul-ketul.
Sesudah selesai menlenyek labu. Apa lagi korang masuk kan tepung gandum kedalam adunan labu tadi. Part ni paling aku suka sangat. HAHAHA. part untuk "kacau-kacau" nama nya. So korang kacau tepung gandum tadi dengan labu tadi. Adun dan uli sampai sebati.
Sis, please make sure adunan tadi bila kita dah uli dia dan doh tu tak melekat pada jari kita. Keep tambah tepung gandum kalau adunan masih lembik dan tidak sebati ok. Dan teruskan menguli.
Ini hasil menguli kita. ya tahu nampak tak molek. Korang tunggu kak ton membulatkannya. It will look awesome.! HAHAHA. Selesai menguli macam ni. Korang ambil secubit then orang pun buat bentuk bulat-bulat macam bola. Lepas tu korang lubang kan bahagian tengah dia, Nak tengok hasil jom skrol ke bawah....
p/s : Kalau tangan masih meleket korang tambah la tepung.
So ini la yang terbentuk..gebu je uolss i punya keria. Kalau korang nak bajet bulat sama je..so korang guna cawan then tekap saiz yang sama..tapi pattern aku senang je..sebab aku guna tangan je..aku cubit cubit doh tu then bentuk kan bulat bulat lepas tu lubang kan tengah sahaja..beres! Kalau korang takut keria tu meleket dekat bekas korang. So korang tambah sapu minyak sikit kat bekas korang tu. Dan taburkan sedikit tepung supaya tak melekat ya.
Ok jom kita menggoreng. Kita tengok macam mana hasil gorengan kita.
Tak kan goreng I nak ajar. HAHA. Senang je, tuang minyak dan make sure minyak jangan terlalu panas sangat semasa menggoreng supaya keria korang tak hangit terus. Dan nampak macam kekuningan korang angkat la. Jangan terlalu hangit ye. nanti tak sedap. TADAAA!!!!... ni la hasil menggoreng kak ton tadi. gebus kan.
Last sekali, kita sira dengan gula. I blender gula ni supaya nampak halus. Flawless uolls..
GOOD LUCK GUYS!
|
Comments
Post a Comment