KUAH ROJAK HANGIT
Kuah rojak hangit?? Korang tak percaya cakap sis ke..okey mungkin saat dan waktu sis nak makan je kot hangit kan. Kalau tak kuah dia sedap kot. Hahaha..why sis..why sis yang kena hadap..
Kejadian berlaku di PLAZA SHAH ALAM (PAS). Sebelum start konsert BIG STAGE dekat MBSA aku dan suami sibuk mencari kedai makan sebab kelaparan. So apa lagi merayau mencari makanan. Area situ paling berdekatan dengan PLAZA SHAH ALAM (PAS). So terjumpalah satu kedai ni dekat-dekat area situ. So kedai ini specialist menjual POPIA dan ROJAK sahaja.
So disebabkan kitorang dah kelaparan maka tersinggah lah. kitorang order la popia basah 1 set, popia goreng 1 set dan juga rojak 1 set. Huh! gambar kat atas tu bukti. Kalau tengok gambar memang berselera gila kan. Mesti kebuloq nak makan kan. So apa lagi kitorang pun makan lah..
First aku makan yang popia basah tu dulu sebab tu memang kegemaran aku..sedap! isi padat! kuah sambal dia pun sedap! Hiasan memang cantik..sis kasi 9 bintang! Second sis suruh husband sis makan popia goreng plak..husband sis kata OK SEDAP! krak kruk krak kruk! tapi popia dia tak panas masa di hidang sebab diorang dah prepared hiasan dan goreng awal-awal popia ni. So setakat ni POPIA dia memang SUPERB! 😍
Then, sis terasa nak mencuba rojak dia plak. Sis antara hantu rojak ok! pantang nampak orang jual rojak sis mesti stop beli dan makan!
Cerita rojak ni dramatiss sikit..jeng jeng jeng..
Sis suap kuah rojak kedalam mulut sis..GULP! weyhh..apa ni..😡😑😕
KUAH ROJAK HANGIT.!!!!! really spoil sis punya mood la..bahan-bahan semua complete..tapi bagi sis terlalu banyak timun..sis kurengg sikit..tapi tak kisah la..tapi kenapa KUAH HANGIT..!!!!
advice sis, kalau korang dah rasa kuah tu hangit..please please please jangan jual dekat customer..sebab kalau kuah korang sedap sis akan repeat makan banyak kali kedai korang. Ini hangit weyh..hmmm..sis kiciwa!!!
So sis dan husband just makan kodok2 je dalam tu. Yang timun bagai semua tu tak jadi makan sebab spoil gila dengan kuah hangit korang tu. Don't worry nama kedai sis tak bagitahu. Tapi kalau korang pergi area PAS korang mesti tahu kedai yang mana. Harga tak ada lah mahal. Okey la! Popia baru RM4 / set and Rojak baru RM6/set. Sis tak kisah harga makanan tu mahal yang penting TOLONG SEDAP!!
p/s : tolong jaga kualiti makanan anda
Tengok gambar sis, kuah tu memang nampak sedap. NAMPAK SEDAP! tapi tu la. korang spoil dekat kuah yang hangit tu je..kalau tak memang superb dah. Sis still kiciwa. But its ok! Next time kalau kuah dah hangit. Its ok kalau rugi sedikit untuk buang dan buat baru atau pun korang modified sikit kuah tu bagi sedap.
Ok bye!
Comments
Post a Comment