KUEW TEOW AWESOME

Masa sis ke Langkawi, sis sempat singgah gerai pakcik buat kuey teow. Time tu pakcik ni baru nak start masak kuey teow. Kitorang berminat nak beli kuew teow tapi pakcik tu kata "Dik, kuey teow belum siap lagi..tapi kalau tetap nak jugak adik ke tunggu dalam 15 minit macam tu"..Disebebkan kitorang pun tiada apa-apa aktiviti kitorang bercadang untuk stay sampai pakcik tu siap masak.
Sebenarnya dah lama nak belajar cara masak kuey teow ala-ala pasar malam ni. Sebab cara diorang masak ni sedap semacam..hehe..so apa lagi jom kita share ilmu sedikit.
Mula-mula pakcik tu tuang MINYAK untuk panaskan kuali tapikan special sikit pasal MINYAK pakcik ni dia ada letak campuran BAWANG PUTIH kat dalam minyak tu. Mingkin dia rendam bawang putih tu dalam minyak tu. So bila dia tuang kat atas kuali semerbak bau weyh..Penarik la katakan..Untuk pengetahuan korang pakcik ni buat kuey teow for vegeterian tau. Sebab langkawi kan ramai tourist yang vege. 
Selepas pakcik tu tuang minyak pakcik ni pun terus masuk kan 5-7 bungkus kuey teow. Lepas tu pakcik tu ada tuang SPECIAL SOS kata nya. Tapi sis tak dapat details sangat pasal SPECIAL SOS tu. Dan sos tu berwarna hitam. Tapi sos tu ada bau lain macam sikit. Penarik katanya..haha..Gambaran aku cerita tu korang boleh tengok gambar kat bawah.


Selepas combine semua resepi tadi. Pakcik tu masuk kan SAYUR KOBIS ke dalam campuran kuey teow tu. 



Sesudah tu apa lagi..gaul je la bagi sekata sayur dan kuey teow tu..HAHA..lagi mahu tanya sis.


"Dalam periuk bikin muafakat"...wah kau pakcik..siap menyanyi lagi ek..HAHAHA..Kemudian pakcik tu campurkan telur ayam yang telah dipecahkan. Kacau-kacau dan kacau sehinga sebati..Make sure telur tu tak berketul-ketul dengan kuey teow tu ye..Kalau tak nanti tak cantik nampak nya..



Dah campur telur..last sekali kita campurkan lagi sayur yang macam dalam gambar kat bawah tu. Sekali lagi kacau sehingga sebati ya adik-adik.


Ya! ini hasilnya. Tapi sis lupa nak ambil gambar awal-awal..Dah sedap melantak baru sis teringat nak amik gambar. Best nya pasal kuey teow ni dia akan jual sekali bergedil dan telur goreng. Atas permintaan kita la ye. Tapi bukan free la..Kena la bayar..korang nak free je kan..AHAHAHA

Comments