LANGKAWI FOODS

So, hari ni sis nak share sikit antara makanan-makanan yang sis makan semasa sis honeymoon dekat langkawi hari tu. Tapi sis nak minta maaf kalau ada lah sis tak mention nama kedai makan tersebut sebab ada yang sis dah terlupa pun. Sebab makanan sedap sangat sampai terlupa nama kedai makan tu. haha. almaklum lah..sis dah nampak makanan je sis tak boleh nak ingat semua benda..
So first day sis kat langkawi, sis mencari makanan kegemaran sis and husband sis. Of coz la CENDOL dan PASEMBOQ (langkawi). Sis order cendol cawan yang besar tu. Then yang cawan kecil tu husband sis yang punya. haha. nampak! cup sis kena lagi besar ok sebab sis order CENDOL SPECIAL! apa yang special bagi sis cendol dia ni cuma ada aiskrim je la dan harga cup besar tu RM5 sahaja. Rasa cendol cup besar dan kecil ni sama sahaja. Cuma aiskrim sahaja membezakannya. Harga untuk cendol cup kecil tu cuma RM3 sahaja. OK lah tu! still under bajet korang kan. now sis nak tanya, korang nampak tak makanan yang menyelerakan dalam pinggan tu. Huh! Tu la pasemboq langkawi baq hang! HAHAHA. harga yang sis tapau ni RM14. sligan sis "BIAR MAHAL ASALKAN SEDAP". Jangan kau charge sis mahal2 tapi makanan yang kau bagi hampeh. Memang spoil mood sis nak makan. Ok kita terus kan. Kuah dia SUPERB! pekat likat padat ok. SIS SUKA! dan sis tak menyesal pun bayar harga macam tu. Actually harga berdasarkan apa yang kita nak makan lah. Sis punya under bajet. Lokasi dia dekat food station depan HIG. So lepas shopping2 chocolate tu boleh lah mencuba. Selain dari pasemboq dan cendol. 



Selain dari cendol dan pasemboq terdapat jugak pelbagai jenis makanan ye. So sis saja nak try makan nasi paprik langkawi plak. perghh! rasa memang padu. Korang nampak tak kuah dia warna hitam macam kicap kan. Selera sis padu! Harga pun not bad RM7.50 😋.  Dan sis memang sengaja request cili padi banyak. Sebab sis kaki pedas.  



So malam tu plak, sis and husband nak try makan ala-ala seafood gitew.! So apa lagi kitorang cari kedai makan yang dekat je dengan area hotel sahaj dan paling penting area tepi pantai hokey! baru ada mood honeymoon sikit. 
This time sis suruh husband sis yang order. Sis dan husband teringin nak makan SOTONG GORENG TEPUNG (harga sotong tu sekilo RM16) then kitorang try plak IKAN SIAKAP TIGA RASA (harga ikut kilo ikan tu ye) dan bajet kitorang untuk dua orang makan sahaja. Lepas tu TOM YAM CAMPUR (harga RM9) ala-ala langkawi punya..hahaha..dan terakhir sekali PAPRIK AYAM untuk dua orang makan dan harga baru RM8 sahaja. Kalau nak suruh sis komen pasal makanan ni..ermm..IKAN SIAKAP dia rasanya memang not bad la..ikan garing..sambal sedap ada rasa masam masam manis..cukup rasa la orang tua kata! SOTONG GORENG TEPUNG dia lagi padu beb..perghh! rangup sangat dan dia siap bagi cili siam untuk kita cicah..sangat sedap tapi makan selagi panas kalau sejuk nanti muak..macam husband sis..haha..TOM YAM x payah cakap la..sedap pekat ! Sis suka. Bahan-bahan banyak dalam tomyam tu. Rasa dia secukup rasa masam masin..meleleh sis bercerita ni..haha..dan paprik x kan korang tak tahu rasa dia macam mana..memang menjilat jari..so bila di gabung kan semua ni dalam nasi putih yang panas-panas..mak datukkk!! kecuq ayeq liyuq! 
Air plak sis try bandung dan sis yang diet ni minum air kosong je..Total kitorang makan semua ni RM86 sahaja..ko rasa? 😌


OK BYE! 

Comments