MAMAK BULATAN

Mamak bulatan?? mesti korang tertanya-tanyakan. apa yang sis maksudkan dengan mamak bulatan ni kan?? relex la bukan nama tempat ye. tapi sis yang ngada letak nama tu sebab tempat makan ni dekat dengan bulatan area puncak alam. 

Actually tempat makan ni bukan lah area kedai pun tapi diorang cuma bawa lori kecil then parking tepi padang pastu letak kerusi meja je. kalau korang tengok macam biasa-biasa je. tapi berhenti la rasa makanan dia. superb! korang jangan la risau pasal kebersihan sebab sis dah tengok sendiri tempat ni memang bersih ya. 

Mamak ni dia ada jual CENDOL..ada jual MEE GORENG MAMAK..ada jual KUEW TEOW GORENG MAMAK..ada jual ROJAK..dan lain lagi. 

Favourite sis kat sini cuma CENDOL dan MEE GORENG je. So setiap kali sis singgah dua makanan ni lah wajib sis order. Sebab mee goreng mamak dia kalau korang makan mesti nak ulang banyak kali pun. Macam ketagih la. Sis pun dah ketagih dah.

Stall ni hanya buka pada hari sabtu dan ahad sahaja ye. hari lain sis tak pasti dia buka area mana. tapi yang pasti sabtu dan ahad dia buka area bulatan puncak alam. macam mana nak pergi?? macam ni. korang search je "mcd puncak alam" then kalau korang dari mcd puncak alam tu korang drive keluar ke kiri dan himpit ke kanan dan korang akan nampak ada traffic light dan korang masuk simpang kanan tu. korang terus je sampai korang akan nampak ada bulatan besar. Stall ni dia guna lori je. ada kat side sebelah kiri korang je. tak jumpa PM sis ok!


Korang boleh tengok gambar kat atas tu ye. Mee goreng dia errmm..sis pun tak dapat nak describe macam mana sedap dia. bau masa di goreng tu..perghh!! memang power dan sis tak pernah menyesal order mee goreng mamak ni. mak sis pun suka ye. jarang mak sis ni nak suka dekat mee goreng mamak ni. sebab kebanyakan kedai yang buat tak superb macam ni ye. dia ada dua jenis mee goreng. sama ada korang nak biasa sahaja atau yang ada ayam. harga berlainan ye.


Rojak plak kali ni sis order rojak kosong je. diorang ada jual jugak rojak mee tapi sis kurang sikit la. mak sis pun suka makan rojak kosong je. Rasa kuah yang paling penting bagi sis. Rasa kacang nya cukup! cekodok dan keropok. semua complete la. sis tak berani nak complain dah sebab superb sedap. tak akan sis nak tipu. 

Cendol dia ok la. sis datang sini sebab mee goreng je. hahaha. cendol dia ok ok la.! murah pun murah dan memenuhi citarasa sis la. mak pun suka. dan mak pun x banyak complain pun pasal cendol yang diorang jual ni. santan pun berlemak. sedap! 


Macam ni la rupa stall atau lori yang mamak tu meniaga. orang kata kedai ni dah lama dah kat sini. so kalau korang nampak ALI ROJAK DAN CENDOL ni, maka itulah kedai yang sis maksud kan. ya! memang nampak macam tak seberapa rupa kedai nya tapi korang jangan judge terlalu awal. apa kata korang berhenti dah rasa dulu makanan apa yang diorg hidang.

Kadang-kadang kita ni manusia suka buat andaian sendiri sebelum mencuba atau merasa sesuatu benda tu. 


Nampak tak mangkuk bertingkat tu? huh! tu bukan sis sorang ya. haha. cendol biasa yang dia jual memang saiz gitu ye. kalau order satu mangkuk je memang tak akan cukup untuk sia dah korang. 

Sekarang musim panas, so sedap la cuci tekak dengan menikmati kesejukan cendol dan kepanasan mee goreng mamak yang sedap ni. 

Hari ni baru berpeluang bawa mak sekali untuk makan kat sini. Suka mak kita. tak pernah dia makan banyak sangat but this time dia makan kaw-kaw. macam hubby sis memang fav dia cendol so bertingkat la cendol yang kitorg order. haha.


Korang mesti tertanya-tanya macam mana pula dengan harga setiap hidangan kan. actually sis makan kali ni sampai sis lupa nak tanya harga ya 😅 cuma sis tahu masa nak bayar sia cuma keluarkan duit RM30 sahaja. Sia hanya order 5 mangkuk cendol biasa, 2 pinggan mee goreng mamak, 1 pinggan kuew teow mamak dan juga 1 pinggan rojak. 

so korang judge sendiri. bye!

Comments