NOODLE CINCAI TAHAP ARWAH

Noodle cincai ahmad lim sedap ke..?
Tipu lah kalau sis kata tak sedap. Kang ada orang marah plak. Sis dan cousin sis sorang ni memang peminat tegar makanan pedas-pedas ok. Dan cousin (syirah mox) sis cabar sis jom try makan NOODLE CINCAI TAHAP ARWAH by AHMAD LIM PANCAKE.
So sis dengar nama pun sis dah rasa macam nak pengsan. Korang boleh bayangkan tak! dia mention TAHAP ARWAH ye pedas nye. Sis selalu tahap PEDAS GILA je. Belum lah sampai arwah terus..AHAHAHA.
So disebakan dicabar so apa lagi..! Kami meneruskan perjalan ke shah alam untuk mencari arwah noodle ni. Sampai kedai tu kitorg terus order NOODLE CINCAI TAHAP ARWAH..Then casher tu kata "sanggup ke kak nak makan pedas-pedas ni..sebab memang pedas gile noodle tahap arwah ni"
errmm...tanpa keraguan sis pun menjawap "sis nak cuba jugak!"
Selesai order lepak dulu. tapi dalam masa yang sama terfikir jugak pedas sangat ke sampai budak tu cakap macam tu. Tapi kitorg tak makan kat kedai tu sebab takut nangis depan adik tu sebab kepedasan arwah nya. So kitorg decide untuk bungkus dan makan dalam kereta je.

Selesai membungkus, terus cepat-cepat masuk kereta. ambil gambar dulu kemudian. Bismillahirohmanirahim..(kalau salah eja tolong tegur sis ya)..Gambar korang boleh tengok seperti dibawah ya. menyelerakan sungguh..nyummy!

Oh ye terdapat pelbagai pilihan ya. nak tahu pergi la sendiri..AHAHAH..


Tadaaaa..! rasa sup dia not bad.
Dalam gambar korang boleh nampak di ada letak carik-carik ayam. kemudian ada meatball dan juga ada setengah telur rebus..dan juga cili tahap arwah yang dimaksudkan tadi..So first rasa kitorang tak gaul sambal tu sekali kitorang acah-acah makan kosong la. so nak extreme kite try gaul sekali cili tersebut dah slurppp!!! (sis terdiam)..ermm..not bad..dan PEDASSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Paling yang kesal sekali ktiorang lupa nak beli air~~!!
Mana AIR..AIR AIR!! sangat pedas tapi sis boleh hadam jugak lah. Not bad. memang kena dengan tekak sis sangat. Pedas dia memang arwah wey..tak ada air lagi arwah weyh..hmm (sis nangis kepedasan)..

So cadangan sis, sediakan air sebelum mencuba ya.
Sis suka sangat ! ðŸ’œ

Comments