OHH BUBUR CINCAI


Disebabkan sekarang ramai orang demam disebabkan keadaan cuaca yang tak berapa nak mengizinkan. maka selera untuk makan nasi tu kurang. 

Minggu ni sis balik umah mak mertua, mama sis demam. Masa breakfast tadi pun dia tak nak makan sangat sebab tekak perit asyik batuk je. So sis decide untuk masak kan bubur for mama.

Bukak fridge tengok apa yang ada untuk buat bubur. hmmm (godek-godek bahan dalam fridge mak mertua). Bahan terhad so sis terpaksa buat bubur cincai je la nampaknya. Yang penting sedap. (tak tahu la sedap ke tak).

BAHAN-BAHAN (BUBUR PUTIH)

1/2 POT BERAS (dicuci bersih)
3 GELAS AIR (kalau rasa kurang boleh tambah)
garam secubit

CARA-CARA (BUBUR PUTIH)

Korang just masuk kan beras yang telah dibasuh tadi kedalam periuk. kemudian masuk kan air dan secubit garam tadi. Kemudian korang kacau dan kacau dan kacau sehingga menjadi bubur.

Ok sambil-sambil buat bubur tu korang kena sediakan bahan untuk masuk kedalam bubur. Konon-konon nak buat macam bubur lambuk la.

BAHAN-BAHAN (ISI BUBUR)

3 sudu IKAN BILIS
HALIA (saiz ibu jari)
2 ulas BAWANG PUTIH
1 biji BAWANG MERAH 
Lada sulah (hitam dan putih)
Garam sedikit

CARA-CARA (BUBUR CINCAI)

Bahan di atas hendaklah di kisar sehingga halus.
Setalah bubur tadi sudah siap menjadi bubur. Korang masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan kacau dan kacau lagi sehingga sebati dan betul-betul masak ya. Kalau rasa kurang garam masuk kan mengikut cita rasa korang ya.

Siap!!

Perhiasan???
oh tak susah pun. Disebabkan bubur sis ni bubur cincai so sis cuma GORENG IKAN BILIS dan CILI MASAK sahaja. Sebagai perasa tambahan dan perhiasan sahaja. Tapi kalau lagi power ada DAUN SUP dan BAWANG GORENG ya.! Kalau nak letak lada sulah hitam tabur atas tu pun ok!

Bila bagi hubby sis makan dia kata macam bubur lambuk. Walaupun cincai tapi sedap ok!  



Comments