PASAR MALAM DI LANGKAWI
Sepanjang sis honeymoon dekat Langkawi, sis sempat singgah 2 tempat pasar malam dekat sana. Satu dekat area PANTAI PASIR HITAM dan lagi satu area PEKAN KUAH (nearest HIG). Dan dua-dua pasar ni kebanyakan nya peniaga orang yang sama dan jual makanan dan barangan yang sama lah. 😅
Cara sis pusing pasar ni. Sis akan berjalan di gerai sebelah kanan dulu. Selesai sebelah kanan sis akan pusing ke gerai sebelah kiri pula. Settle meronda baru sis akan decide nak makan apa. Sebab terlalu banyak makanan yang dijual dan ramai peniaga menjual makanan yang sama. Tapi sis suka pergi gerai yang ramai orang akan tumpu.
Makanan pertama yang sis pilih ialah MURTABAK LANGKAWI. Harga yang korang boleh nampak untuk MURTABAK AYAM RM3 sahaja dan MURTABAK DAGING pun RM3 sahaja. Harga mampu milik ok. Sebab kalau tempat sis jual murtabak pun harga dah hampir mencecah RM5. so ni okey la.
Sis beli murtabak ayam 1 keping dan daging pun 1 keping. Pattern sis kalau makan murtabak sis suka makan macam tu je. Kosong tanpa cicah apa-apa pun. Baru nikmat. Pergh!! Komen sis pasal murtabak ni memang superb la. ISI PADAT!!!! kulit dia not very oily..just nice! Bila sis makan sis boleh rasa isi ayam dan daging yang banyak. Tak mengecewakan sis langsung. Menyesal beli satu 😢😭.
Ok. Settle membeli murtabak. Sis ternampak satu gerai ni ada jual ASAM LAKSA. gerai ni plak korang boleh lepak dekat area belakang dia sebab peniaga ni ada letak kerusi dan meja untuk memudahkan pelancong berhenti makan dan lepak kat situ. So sis tak nak ketinggalan then sis ajak husband sis melepak sekali untuk merasa ASAM LAKSA diorang. Sebab orang kata kalau datang Langkawi kena rasa ASAM LAKSA diorang. So apa lagi..jom order!! sis suka....😍
Bila dah order dan makanan pun sampai. Sis tengok kuah dia pun dah menyelerakan. Pattern sis memang suka makan asam laksa kuah yang pekat. Slurpp! weyh..serius tak mengecewakan kuah dia SANGAT PEKAT, rasa dia plak SECUKUP RASA ok! masam masin manis semua ada.


Tapi kalau korang nak tambah pedas dia ada sediakan penambahan cili. Dan kalau korang nak masin pun dia ada sediakan penambahan garam. Dan kalau korang nak masam dia ada sediakan limau.
Apa yang special lagi, asam laksa dia ada letak MANGGA MUDA. terkejut sis bila makan ada rasa masam masam mangga muda dalam kuah dia. Sis ingat timun tapi rupanya dia letak mangga muda. So bila korang makan ada la selera sikit macam tu. Harga asam laksa ni RM3 sahaja. Area pasar malam pantai pasir hitam.
Korang boleh nampak dalam gambar di atas, diorang buat tempat lepak macam ni untuk pelancong. So kalau korang ada beli banyak makanan dan tak nak balik makan di hotel so lepak dan makan di sini. Selain asam laksa, peniaga ni pun ada menjual SOM TAM, ROJAK dan sebagainya.
Selesai makan asam laksa, sis merayap mencari LANGKAWI APAM BALIK!!! kalau nampak je apam balik ni sis mesti teringat dekat arwah abah (al-fatihah). Disebabkan terlalu kenyang so sis tak membeli banyak sangat pun apam balik ni. Harga korang boleh nampak macam gambar kat bawah. Sis hanya beli APAM BALIK KECIL yang garing tu. What sis aspect mesti simple je dan sangat kecil. But then tak seperti yang sis sangka. Tak ada lah kecil weyh..tapi besar ok! Harga baru RM0.50 sahaja. Rasa pun tak mengecewakan sis. Tak kedekut jagung tak kedekut gula. Padat dan padu! Kulit dia sangat garing dan sedap makan masa panas panas sebab sis takut kalau dah sejuk nanti kulit dia dah lembik. Sis suka!
Next sis merayap ke PASAR MALAM PEKAN KUAH. macam sis cakap la sis jumpa peniaga yang sama juga. Haha 😅 tapi sis jumpa satu makanan rare for sis la. For uolss sis tak tahu la kan (roll eyes). Sis tengok je brother ni menjual burger tapi kan dia GORENG ROTI BURGER tu with CHEESSSEEEE...😲😵😲😵😲. Korang bayang kan benda tu dia goreng ok! So kalau dia goreng maknanya sis beranggap dalam roti tu mesti sangat berminyak sebab roti tu dah serap minyak masa dia menggoreng kan. Tapi sis SILAP!! bila brother ni potong je roti tu dalam roti tu PUTIH MELEPAK ok. Thats mean dalam roti tu tak berminyak langsung pun sebab roti tu sebelum di goreng dia dah celup dengan tepung terlebih dahulu dan korang boleh nampak banyak bijan kat atas roti tu kan. Tu yg sis suka 😍. !!
Brother ni jual BURGER GORENG AYAM dan juga BURGER GORENG DAGING. Harga still mampu milik lagi baru RM2.50 sahaha. So apa lagi..sis pun grab la untuk merasa.
Korang boleh tengok gambar kat atas tu. ☝☝ kulit dia krak kruk kark kruk bila sis makan. Bijan pun tak rasa hangit dan garing. Isi ayam dia pakai ayam burger tu juga. Cuma special dia roti je la dia goreng. Pedas pun okey. Sedap la senang cerita. Sis bagi 7 bintang.
So perut dah kenyang. Sis pun suka hati. Jom balik hotel dan rehat.
~ok bye~
Comments
Post a Comment