ROTI HOTDOG CHEESE PALING MUDAH DAN MURAH
Sis geram!
Cousin (syirah mox) video call sis dia tunjuk yang dia tengah makan ROTI CHEESE dan HOTDOG di dalamnya. Mencurah-curah kedalam gandum cheese dia ye.
Sis paling pantang kalau makanan ada cheese. sis suka cheese! sebab tu sis gemuk. sis tak salahkan cheese. HAHAHA.
Disebabkan sis nak juga makan apa dia makan, maka sis gigih juga ke dapur. Punggah sana sini cari bahan sokongan untuk buat roti ni. Bahan sedia ada plak kat dapur sis. Kebetulan!! Sis rasa nak nangis dan terharu. huwarghhh! ðŸ˜
BAHAN-BAHAN
- ROTI (sis pakai gardenia)
- CHEESE MOZZARELLA (balance kawan sis bagi)
- SOSEJ
- TEPUNG GANDUM dicampur sedikit AIR. Ia berfungsi sebagai gam untuk melekatkan roti gulung sahaja. Settle buat gam letak AIR sedikit lagi sehingga cair dan ia berfungsi untuk celup roti gukung nanti dan hendak digoreng.
- MINYAK (untuk menggoreng)
CARA-CARA
- Sis lenyek kan dulu roti tersebut sehingga kempis rotinya.
- Setelah dilenyak letak kan sosej dihujung roti dan gulung sosej tersebut dengan roti tadi.
- Taburkan chesse mozzarella tadi disebelah sosej tersebut. Lagi banyak cheese lagi bagus sebab nanti bila makan kita boleh nampak cheese tu meleleh..arghh!
- Kemudian gulung.
- Letak gam (tepung yang dicampur air tadi) di hujung roti tersebut sampai melekat ye.
- Selesai menggulung, letak kan roti tadi kedalam air tepung gandum.
- Panas kan minyak dan goreng!!!!
- Siap untuk dimakan dan dihidangkan.
Mudah kan!
Masak ni antara malas dan rajin je. tapi tak jugak. kalau xde bahan kat rumah pun tak menjadi jugak ye. HAHA.
SELAMAT MENJAMU SELERA.
Comments
Post a Comment