WARUNG CIK DIN..RARE!
Balik je
kerja, sis ajak hubby sis balik kampung (rumah mak sis). Sebab sis teringin
sangat nak makan dekat warung pak din. Sebab dekat warung pak din terdapat
pelbagai jenis roti canai yang rare ok! So apa lagi siap-siap terus pecut balik
kampung. Ontheway back tu cepat-cepat call mak suruh siap sebab nanti sampai
terus angkut je mak terus pergi lepak. HAHA.
Sampai kat
rumah mak, ambil mak kat rumah then mak sibuk la tanya “nak pergi mana..nak
pergi mana” aku kata rahsia. Tapi mak dah agak mesti nak pergi warung pak din. Haha.
Kantoi plak. Sebab mak kalua lepak warung pak din mesti suka makan MEE BANDUNG.
Sebab rasanya memang awesome gile.
Warung cik din hanya buka pada hari selasa sehingga ahad sahaja OK!. Kalau tak silap isnin
kedai dia tutup. So korang jangan la berani-berani nak dating pada hari isnin. Nanti
kalua tutup jangan salahkan sis. HAHA. So alhamdulilah masa sis datang tu kedai
bukak. Memang rezeki mak la tu.
As you guys can see, warung pak din ni more into ROTI CANAI dan juga GORENG-GORENG dan juga ada terselit WESTERN kalau korang nak try. Terdapat pelbagai jenis menu roti canai yang korang semua boleh try ye. Menu sis ada di gambar bawah ye. Korang boleh tengok sendiri menu apa yang disediakan oleh warung pak din ni. Kedai dia memang nampak biasa sahaja tapi makanan dia menang rare gila. Harga pun korang boleh tengok. MURAH KAN!!
Bak kata sis "bayar mahal-mahal, tapi makanan sedap"..so apa salah nya..HAHAHA..tapi ni murah sangat ni..
Sis kalau lepak kat sini, sis suka makan ROTI CANAI CHICKEN CHEESE SPECIAL. Sebab dalam dia ada chicken slice. Memang sedap dan berbaloi untuk mencuba makanan ini ok. So sis pun order makanan biasa yang sis suka. And hubby sis suka makan ROTI CANAI PIZZA SPECIAL. Nak tahu apa special nya.?? Nanti sis story kat bawah ye. HEHE. Dan mak sis kali ni nak try makan ROTI CANAI BIASA sahaja. Sebab tu memang favourite dia. Tapi kali ni sis tamak sikit. So sis order extra ROTI CANAI PISANG CHOCOLATE. Sebab malam ni sis cheat day. 😊 Selain itu, hubby sis jugak ada order NASI LEMAK dan mak order MIHUN GORENG.
Part paling best bila order minuman, hubby sis memang paling suka order MINUMAN IKAT TEPI MASUK MANGKUK. But this time HAMBIK KAU!! dia letak dalam jug besar. Memang perli pedas budak ni. HAHAHA. Tapi tak apa la mungkin diorang tak kecukupan mangkuk kot untuk dipakai.
And finally, makanan sis dah sampai dulu ya.! Seperti yang sis order ROTI CANAI CHICKEN CHEESE SPECIAL. Korang tengok la presentation dia. Superb gila kan. Belum makan pun sis dah telan air liuq. Makan masa panas-panas memang sedap. Sis cadangkan kalau nak makan tak payah la bungkus. Terus je makan kat warung tu sebab lagi sedap. So mesti korang tertanya-tanya apa kat inti dalam roti ni kan. Cuma ada CHICKEN SLICE dan cheese meleleh di atas roti tu. Roti canai yang dibuat sangat lembut testur nya. Senang untuk dikunyah dan dihadam ya anak-anak. Sis cerewet ya pasal roti canai. Sebab ada certain tempat roti canai diorang ni keras. Macam dah lama masak then diorang hangat kan balik. Sis tak suka macam tu. Yang ni fresh. Uli dan bakar. Memang menarik.
Dah sampai
makanan tak akan nak tengok je. So apa lagi. Bismillah dan ngap la! Wei korang
rasa dia perghhh! Tak pernah menyesal order la. Lembut dan lazat. Kalau korang
rasa nak makan cicah dengan kari atau dal atau sambal. Diorang ada prepared ye.
Tapi self service la. Korang nak korang ambil la. Free je. Tapi kalau korang
suka makan kosong so makan macam tu je la. Pun dah sedap jugak. Macam sis
memang suka makan kosong je.
Seperti yang
sis mention awal tadi, hari ni sis cheat day. So apa lagi kita order la apa
yang sis nak makan. HEHE. Makanan pilihan kedua sis ialah ROTI CANAI PISANG CHOHOLATE.
Sebab sis nak try something sweet sebab tadi dah makan pedas kan.
Kalau sis
sebut nama ROTI CANAI PISANG CHOCOLATE so mesti korang boleh bayangkan dah apa
inti di dalam kan. Mesti lah pisang dan topping di atas ada chocolate. Ohmy! Sis
xley move on bila dapat makan roti ni. Manis chocolate dan manis pisang bergabung.
Rasa nye. Perghh! Roti lembut lagi..nyum! memang berbaloi la. Harga pun tak mahal
pun.
So kalau
korang memang pengemar chocolate so why not try order ROTI CANAI PISANG CHOCOLATE
ni. Memang berbaloi dan tak akan menyesal nye.
Gambar kat
atas ni plak, ROTI CANAI PIZZA SPECIAL. Hubby sis suka yang ni sebab inti dalamnya
ada sardin ya. Topping plak meriah sangat. So pengemar cheese korang boleh la
try order ROTI CANAI PIZZA SPECIAL. Tapi kalau korang tak nak inti sardine maybe
korang boleh minta tukang masak tu untuk tukar dengan chicken slice. Tapi kalau
korang suka sardine, apa lagi terus ngap je la!
Mesti
korang tertanya-tanya mana location warung pak din ni kan. Tak susah nak cari
sebenarnya. Sebab warung ni dalam Kawasan perumahan. Kalau korang guna GOOGLE
MAPS just search name “WARUNG CIK DIN”. Tapi kalau tak tahu lagi. Nah! Sis bagi
link google maps untuk korang. Just click sahaja. https://goo.gl/maps/vhKdkbMCBev
Comments
Post a Comment