"ABAH....ADIK RINDU"
Hari raya semakin
dekat, sepatutnya aku semakin gembira. Tapi hati ini makin hiba. Tapi aku tak
dapat meneka kenapa.
13 June 2018, tepat
pada pukul 11.30 MLM. Abah tiba-tiba sesak nafas. Mak sibuk mengurut belakang
abah untuk bagi abah tenang. Tapi keadaan abah semakin teruk. Malahan abah tak
dapat bernafas dengan baik. Badan abah berpeluh-peluh ketika itu. Abah dah
sedut Inhaler banyak kali tapi tetap tak membantu abah untuk bernafas. Seperti
terdapat sekatan di dalam dada abah. Secara kebetulan sepupu aku Ajid dan Zaki datang
rumah kononnya nak datang makan Lemang yang abah masak. Tapi benda lain yang
berlaku di rumah aku. Zaki (sepupu) bagi tahu “Call la Ambulance, diorang akan
datang untuk bagi bantuan pernafasan”. So cepat-cepat abang hubungi 999 untuk
dapatkan bantuan ambulance. Ambulance ambil masa 10 minit untuk sampai.
Pambantu perubatan cuba membantu
abah. Tapi keadaan abah yang teruk, pembantu perubatan kata abah perlu
dikejarkan ke hospital. Abang yang buat urusan perjalanan abah ke hospital. Di
dalam ambulan, abang kata pembantu perubatan cuba untuk bagi abah bantuan
pernafasan. Tapi masa tak berjaya. Malahan, keadaan abah semakin teruk. Abang
kata mata abah dah Nampak putih je. Hanya ALLAH sahaja yang tahu keadaan abang
dan abah ketika itu. Abang mengamuk dalam ambulan sebab pembantu perubatan tak
dapat bantu abah untuk bernafas dan ambulan pun tak sampai hospital lagi. Korang
ada tak rasa, BILA KITA NAK CEPAT TAPI PERJALANAN TU TERASA LAMBAT JE. Adakan?
Macam tu lah abang rasa ketika itu.
Sampai je di Hospital Sungai Buloh,
doctor membuat pemeriksaan abah di Wad Zon Merah. Keadaan abah sangat kritikal
waktu itu. Aku hanya mampu berdoa ketika itu. Maka saat itu, baru aku tahu
kenapa aku begitu hiba. Doctor cakap dengan abang yang abah memerlukan bantuan
pernafasan mesin. Ni lah benda yang aku paling tak suka sekali. Kerana apabila
bantuan ini diberi bermakna dada abah akan ditebuk oleh doctor. Tapi apakan
daya ketika itu abang keseorangan makan dia tiada pilihan lain. Selain dari
bersetuju sahaja. Kerana itu sahaja jalan dan pilihan untuk abah. Maka abang
bersetuju. Apabila abang hantar gambar badan abah dipenuhi wayar macam tu. YA
ALLAH!! Hiba nya. Aku tak nak fikir yang bukan-bukan pada saat itu. Kerana saat
itu aku takut aku akan kehilangan abah.
Pada 14 June 2018 waktu 3.53 PAGI.
Abah dibawa ke UNIT RAWATAN RAPI (ICU). Saat itu, aku mengiring abah ke sana bersama
jururawat yang bertugas. Selepas abah melepasi pintu ICU, aku dan mak tidak
dibenarkan masuk kerana tempat itu tidak dibenarkan untuk keluarga jaga atau
pun melawat. Ya Allah. Korang bayangkan apa perasaan mak aku. Sehari sebelum
tiba HARI RAYA. Hari untuk semua orang bergembira tapi kami diberi ujian ini.
Mak kena kuat! Maka malam tu kami bermalam di hadapan bilik ICU sahaja
anak-beranak. Pagi tu kami sahur apa yang ada sahaja. Sahur terakhir yang
paling hiba bersama abah. Tapi kena tetap teruskan.
Sehingga petang pun masih taka ada berita
yang baik dari doctor. Doctor cuma inform yang abah dalam kritikal. Jantung abah
lemah dan paru-paru abah berair serta buah pinggang abah dah tak berfungsi
sepenuhnya. Abah terpaksa berharap pada bantuan mesin sahaja sekarang ini. Ya
Allah. Hanya pada mu pada saat ini untuk kami berdoa dan berserah. Keputusan
abah tak baik sangat doctor kata. Pada waktu 9.00 pagi mak dah boleh masuk melawat.
Aku pun masuk melawat juga tapi hanya dibenarkan seorang demi seorang sahaja
untuk masuk melawat. Kami menunggu sehingga petang dan malam dan keesokkannya.
Hanya doa yang kami boleh buat pada waktu ini. Waktu berbuka sepupu hantar
makanan untuk mak sebab mak langsung tak makan. Sebab tiada selera tengok
keadaan abah macam tu.
Pada 15 June 2018, takbir raya
sudah berkumandang.Lagi sayu hati ini. Tiada lagi istilah raya untuk kami. Hanya
abah sahaja pada saat ini. Pada malam raya, mak dan aku balik rumah mak usu
untuk bagi mak rehat manakala abang stay dekat hospital temankan abah. Walaupun
abang tak dapat jaga kat dalam tapi cukup lah jaga diluar bilik ICU. Paling kurang
kalau ada hal kecemasan abang ada kat situ. Pagi raya, air mat ani paling tak
dapat kami tahan kerana abah kat hospital. So selesai sembahyang raya, kami
sekeluarga terus pergi hospital untuk melawat abah. Doctor kata masih taka da berita
baik untuk abah. Ya Allah. Kami hanya mampu berdoa sahaja saat ini.
**skip story**
Ada banyak perkara yang berlaku
tapi aku skip story. Sebab tak dapat nak flash back apa yang berlaku. Sebab aku
menaip entry ni masa kat office. Kang habis meleleh air mata ni. Banyak yang
berlaku suka dan duka.
**skip story**
Pada 16 December 2018, doctor panggil
aku dan abang serta mak masuk untuk berbincang dengan doctor tentang keadaan
ayah aku. Saat itu, doctor maklumkan abah sedang nazak. Jadi doctor suruh aku
buat keputusan pasal ubat. Doctor kata darah abah dalam jantung makin beku dan
perlukan ubat yang paling kuat untuk mencairkan darah tersebut. Tapi risiko
untuk ubat tu sangat tinggi. Doctor perlukan persetujuan kami baru doctor akan
buat. Pada saat itu, doctor kata pilihan kami hanya ubat itu sahaja atau
biarkan abah macam tu je. Apa daya kami saat itu, kalau itu sahaja jalan yang
kami ada. Maka aku dan keluarga teruskan sahaja. Aku dan abang serta mak
bersetuju. Aku hanya boleh berdoa agar ubat itu menjadi ubat yang paling kuat untuk
bantu abah.
Walaupun aku tahu, abah tak akan
mungkin untuk sedar. Tapi kami tawakal dan berdoa. Di saat ubat tu diberikan
kami tetap berlegar-legar dikawasan hospital untuk tahu berita abah selepas
terima ubat itu. Menjelang petang, doctor kata abah dalam keadaan terkawal. Dan
badan abah boleh terima ubat tu dengan baik. Alhamdulilah. Seronok mak dengar
berita tu. Malam tu kami decide untuk berehat dekat rumah mak usu. Sebab
keadaan kaki mak yang semakin membengkak kerana kaki mak asyik duduk sahaja.
Mungkin terlalu letih. Balik berehat di rumah mak usu dan tidur berehat.
ABAH TERUSKAN KUAT!
Pada 17 June 2018, pada waktu
05.11 PAGI. Aku terima panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh. Dia minta
waris Muslimin bin Jonit untuk datang ke hospital dengan kadar segera kerana doctor
kata abah sedang nazak. YA ALLAH..tangisan mengiring kami ke hospital untuk
mendapatkan penjelasan dari doctor tentang keadaan abah. Doctor kata ubat tu
pada mulanya sesuai dengan abah. Malahan darah mulai cair dengan baik. Tapi
pagi ni, dengan kuasa ALLAH, darah abah membeku semula. Ubat paling kuat pun
masih tak dapat boleh membantu abah dengan baik. Pada saat itu, aku sedar ini
sudah ketentuan dari ALLAH. Ini cerita abah. Sampai sini sahaja kisah abah
dengan kami. Ya Allah hanya air mata menemani kami sekarang.
Semua sepupu dah berkumpul di
hospital untuk melawat abah. Tapi tak semua sepupu balik sebab masa ini Hari
Raya kan. So kebanyakan sepupu balik kampung. Tapi diorang pun sedih sebab tak
dapat jumpa abah buat kali terakhir. Mesti terkesan di hati diorang. Kami
teruskan membaca Yasin untuk abah. Tak putus-putus kami membaca Yassin disekeliling
abah. Hanya doa sahaja kini mengiringi abah. Aku pun hamper pitam dibuatnya. Tepat
pada pukul 3 petang, mesin nyawa abah makin lama makin perlahan. Ia menunjukkan
kan abah makin lemah. Tepat pada pukul 3.30 abah buka mata buat kali terakhir
dan abah hembus kan nafas terakhir pada 3.35 PTG dihadapan anak-anak dan isteri
abah.
Disaat tu kami dah redha dengan
pemergian abah. Abah pergi dengan mudah. Dikelilingi dengan anak-anak, isteri
serta adik beradik nya. Ya Allah. Rasa nak rebah saat tu tapi ku kuatkan juga
hati ini untuk mak dan suami ku. Abah dah bertahan lama. Abah kuat! TENANG LAH
ABAH DISANA. ALLAH LAGI SAYANGKAN ABAH.
Urusan untuk kebumikan abah begitu
mudah. Seperti tiada halangan. TERIMA KASIH ALLAH. Kerna KAU telah permudahkan
urusan kami. Doctor tutup muka abah. Kemudian kata nak bersihkan abah dulu. Selepas
itu kita akan mandi kan abah ya. Abah tunggu ya..
Settle urusan di dalam wad. Kami
semua turun ke bawah untuk buat urusan mandikan jenazah. Dan aku sibuk menguruskan
untuk mendapatkan permit kubur dari pihal hospital dengan suami ku. Ya
Allah..sedihnya! hmm..Selesai urusan aku mendapatkan permit kubur. Jenazah abah
dah turun ke bilik mandikan jenazah kemudian orang dari masjid untuk mandikan
jenazah pun sampai pada masa yang sama dan tepat. Ya Allah mudahnya urusan
abah. Selesai kafan, jenazah abah di bawa ke Masjid Kuang untuk di sembahyang
kan. Semua saudara ada disana. Abah dihurung dan di angkat oleh anak-anak
saudara terdekat. Alhamdulilah. Ramai yang membantu. Kemudian sampai ke kubur,
abah dah sedia untuk di masuk kan ke dalam liang lahad. Ya Allah begitu mudah
urusan abah. Sampai je jenazah abah, kubur pun sudah siap digali. Alhamdulilah,
Mambaca Yassin dan doa buat abah. Ya
Allah, beratnya kaki untuk melangkah pulang. Tapi adik janji adik akan sentiasa
melawat abah ya. Tu janji adik!
Abah….adik rindu abah….
Comments
Post a Comment