AYAM MASAK LEMAK CILI API
👉 Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit
sekali
1 biji kelapa parut - asing santan
pekat dan cair
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
👉 Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung
hijau
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah
👉 Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30
minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna
pucat.
Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.
Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan
api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata
rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak
masak.
Masukkan santan cair dan masak sehingga
mendidih. Masukkan asam keping.
Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit
yang dihiris halus.
Kemudian tambah santan pekat. Selepas
masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus
dikacau.
Kemudian buka api perlahan sahaja
supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa.
Tambah garam, jika perlu.
Bila nampak kuah pekat dan terbit
minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan
ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.
Comments
Post a Comment