SAMBAL DENDENG PARU

Dengar nama je muka korang dah berkerut kan.
Sis saja letak nama rare sikit sebab nak tarik perhatian korang je. HAHA.

Sebenarnya sis nak ajar buat sambal dendeng paru yang sangat mudah untuk disediakan okey! jom kita mulakan terus sis malas nak pot pet banyak. HAHA.

Sis punya style memang simple ok! Kalau korang rasa boleh catch up how sis do it then good luck!

Lets start!

BAHAN-BAHAN (PARU GORENG)

1/2 KG PARU (dicuci bersih)
1 Sudu Kecil GARAM
2 sudu JINTAN MANIS (dikisar)
2 sudu JINTAN PUTIH (dikisar)
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA (PARU GORENG)


Mula-mula, cuci bersih paru terlebih dahulu ya. Kalau tak nak paru tu bau hanyir ke. Korang cuci dengan limau kasturi. Kemudian kita rebus paru tersebut ya. Semasa menunggu paru direbus so apa kata kita prepared bahan lain.


Dah siap mencuci dan merebus paru, korang blender dua bahan ni menjadi halus ya. Kalau tak nak halus sangat pun boleh. Fungsi jintan manis dan jintan putih ni untuk bagi paru tu wangi dan sedap dimakan. Baru ada rasa rempah-rempah sikit.


Kemudian gaul bahan yang dikisar tadi bersama dengan paru yang telah dicuci bersih dan yang telah direbus tadi. Sebenarnya sis akui sis salah step. HAHA. Sebenarnya korang potong dulu paru tu kasi halus dulu. Maafkan sis 😅


Tadaaa! sepatutnya jadi serupa gini ye. Jangan risau masih boleh digunakan dan boleh dimakan kalau siap di goreng ya. Sebelum kita menggoreng, masuk kan secubit garam kalau rasa secubit tak cukup apa kata cubit dua kali. HAHA.

Tuang minyak ke dalam kuali, kemudian kita menggoreng ya adik. Nanti sis tunjuk hasilnya.


Begini la ghupanya!! 😅😂 sis suka paru garing ya. sis tak suka paru yang liat-liat tu sebab nanti sis boleh muntah. Sis cadangkan cuba korang buat style garing. try la sekali! sedap merata sebenarnya. tapi jangan habis kan meratah nanti tak jadi pula sambil dendeng paru nya.

Kemudian, mari sis ajar cara buat SAMBAL DENDENG nye pula. 

BAHAN-BAHAN (SAMBAL DENDENG)

2 BIJI BAWANG MERAH (dikisar)
1 BIJI BAWANG MERAH (potong bulat untuk hiasan)
3 ULAS BAWANG PUTIH (dikisar)
HALIA (saiz ibu jari) (dikisar)
CILI KERING (telah dikisar)
KICAP MASIN
KICAP MANIS
GULA KABUNG
GULA
AIR ASAM JAWA
GARAM
MINYAK (untuk menumis)

CARA-CARA (SAMBAL DENDENG)

Korang kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Selesai mengkisar bahan tadi so korang pun tumis kedalam minyak yang telah dipanaskam di dalam kuali.

Tumis sehingga naik bau dan juga pecah minyak ya.


Kemudian, setalah bahan tadi telah pun pecah minyak. Jom masuk kan cili kering yang telah dikisar kedalam kuali. Pun masih menggunakan konsep yang sama. Kita tumis sehingga warna bertukar dan pecah minyak. 


Kacau la sehingga sebati. 
So next kita masuk kan bahan lain seperti gula kabung, garam, gula putih, kicap manis dan kicap masin tadi kedalam kuali.
Kacau dan kacau dan kacau sebati hingga bahan larut ya.


Apabila semua sudah siap. Rasalah sambal tadi mengikut cita rasa anda. Kalau rasa dah ok then kita taburkan bawang merah tadi untuk perhiasan kedalam kuali dan kacau rata lagi. Sudah siap!


Tadaa!!! lebih kurang rupa gini la ya sambal dendeng yang sis buat.

Selamat mencuba ya 😘







Comments

  1. Terima kasih atas resepi! Saya cuba malam ni!

    Selamat hari raya!

    ReplyDelete

Post a Comment